Cerita Aku


Entries About Stuff FACEBOOK TWITTER ASK.FM FOLLOW DASHBOARD
The owner

If You Standing In My Shoe
What Are You Doing
To Make Your Life better
And full of happiness?

Talk Talk

The Past


Credits


Basecode/Template : AtinTory .
Editor : Leya Yeolly
Images : WeHeartIt
music : irondj
Header : BaekYeol
#ThrowBack 2013

Tuesday, 31 December 2013 23:09 | Written by Lyn | 0 comments

Assalamualaikum
maka hari ini saya umumkan hari terakhir untuk tahun 2013!
haha tak payah nak umum sangat lah kan semua orang dah tahu...
cerita hari ni just nak throw back pengalaman sepanjang berlalunya tahun 2013
yeeeeehaaaaaa!

1. pengangguran selepas tamatnya exam BESAR bagi budak budak sekolah

actually, lepas habis exam aku ingat nak keje...tapi lain pulak jadi...nak buat macam mana
kene ambik lesen dulu lah kot tak sapa nak hantar...tiga bulan belajar
alhamdulillah I pass!! dapat jugak merasa P..dan sebuah moto as my birthday present...terima kasih ayah..ayah kata lepas ni tak payah nak suruh orang hantar pergi mana mana dah...hihihi boleh *rempit* je!!!
cakap pasal birthday...terima kasih sebab paling tepung kat aku dengan nazirah for birthday party wish...haha korang selamat untuk tahun ni...maybe tahun depan belum tentu lagi...HAHA (evil laugh)

dalam masa-masa nak tunggu result tu...aku jadi pisau cukur kejap..kikis duit mak ayah sebab nak pergi jalan jalan dengan member member sekolah (ush kikis tak menahan)
uuuu syok bila ayah bagi je...katanya nanti dah masuk U susah nak jumpa...haha love you ayah!..sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih kat kengkawan yang datang turun seremban jejauh korang datang ada yang terpaksa naik train bagai kan... appreciate sangat..bukan senang nak dapat permission kan? (tetiba rindu korang) dan terima kasih juga kat kawan-kawan aku yang ada kereta sanggup angkut aku dengan nazirah g jalan jalan...abeh minyak korang! sorry! nak letak nama korang nanti tak cukup forum untk aku tulis benda lain pulak...sorry ea...

2. Pemergian seorang Abang and Result pon diumumkan

sebenarnya tak nak pon sentuh isu macam ni...tapi aku harap isu ni akan terkubur dalam ni dan tak akan muncul lagi rasa sedih dan hampa tu...tarikh 18/3/2013 abang yang sulung dalam keluarga pergi buat selama lamanya...memang sedih tambah sedih bila tengok mak kita hilang semangat...apa taknya...dia ibu yang mengandungkan 9bulan...semoga roh dia dirahmati Allah
Al-Fatihah.....
dan terima kasih pada jiran aku yang memang rapat since kita kecik kerana tolong aku kejutkan jiran jiran dalam 2 pagi tu...terima kasih sekali lagi

dalam pada itu, lagi 3 hari result nak keluar...saudara-saudara semua nak gugupkan aku...tapi berjaya control dengan gahnya...bahahaha...

hari yang ditunggu dah tiba...aku dengan mak sibuk dengan kemas rumah...susun balik pinggan kat rak...hari dah pukul 12 setengah...tapi aku still kat rumah, mak asyik tanya nak pergi bila ni?...dalam pada uhh...aku dah janji dengan nadiah nak gerak sama...dia dari KL aku dari rumah...phone asyik berbunyi dari tadi, ish kacau betul! orang tengah gugup ni...
dapat mesej dari nadiah dia kata dia dah sampai, sekolah aku tepi pagar je jadi 5 minit aku dah sampai bertemankan mak...dah puas peluk peluk dengan nadiah...maka aku dengan dia berjalan ke Dewan Besar SMK Datuk Abdullah...tapi boleh pulak kitorang buat lawak kat situ...dah sampai tangga patah balik..dah nak sampai surau pergi balik...punya graba time tu...

moment best! bila budak class datang dekat cakap "tahniah beb! kau berjaya...bla bla"
yang aku muka dah hilang darah, biar betul? tetiba dengar orang panggil panggil nama aku..aku pon "saya cikgu"..."haaa meh meh...sini sini tangkap gambar" dengan muka blur tu aku senyum je...tiba slip result beralih tangan, ambik kau ! getar! tak boleh nak cover dah...sampai mummy farah gelakkan aku tang jauh...hihihihi...tengok result..nafas lega keluar berbaloi..alhamdulillah..call ayah, angah, alang nak bagi tahu...asyik tak dapat je..sob sob..angkat call dengar ayah ditalian, bila masa dia call? pedulikkan...so bagi tahu ayah then dia cakap tahniah dah dengar dia nangis aku pon sama nangis sob sob...hihii
lepas tu g lari lari jumpa mak, mak pon cakap benda yang sama...tapi kali ni mak senyum dah tak de sedih itu yang aku lagi happy....mission berjaya!

rindu sekolah
bukan sekolah tapi kenangan dalam dia

3. hidup di Uitm Segamat, Johor

Wow!! dah masuk U, sekarang baru nampak bila masuk U tak de orang pandang lekeh lekeh kat kita...hidup sentiasa macam tu..nk buat macam mana

alhamdulillah hidup aku di sana...sangat sangat menyonokkan dari sem 1 hingga sem 2...dihadiri oleh rakan-rakan yang memahami dan awesome ! dari budak wings hingga ke budak class...hihihi
tak sangka jumpa kawan yang perangai dia sama...haha....apa aktiviti best buat sama sama...aktiviti menggila pon buat sama sama...oouhh I love them much..
termasuk jugak budak class aku sem lepas, kitorang tengok wayang sama-sama pergi makan sama-sama boleh dikatakan semua benda nak buat sesama...cuma pergi tandas je tak...hahaha

diorang lah yang aku rapat since sem 1 hingga kini..
terima kasih sebab jadi kawan aku
always ada bila ditimpa problem kecik mahupun besar!
#mukamestikenepoyo

ni class aku sem 1..
terima kasih all those big moment with me
moga dekan sem ni okey?

dalam pada happy, ada duka hidup aku kat segamat ni...kejadian kemalangan kereta yang aku pandu...terus tak nak memandu dah sekarang..nasib tak de papew....ok full stop cerita tu...dah jadi pekasam dalam ni aku rasa..

4. Baby Born

haha...maka bertambah lah keluarga Pak cik Zali kita...bila anak lelaki yang kawin tahun lepas bagi cucu perempuan seorang...hihihi...best dah lah comel ! masa tu cuma dapat tengok melalui gambar je...aku kat segamat lagi tak boleh balik sob sob
bila dah jumpa macam ni lah rupa dia

Aulya Izzatunnisa
amacam terpikat tak?

rasa dah banyak sangat aku cerita ni...
kesimpulan, hmmm (fikir kejap)
kejayaan datang dari usaha dan support dari kawan-kawan serta mak ayah
hargai orang keliling kita, insyaAllah..mereka akan buat benda yang sama kat kita juga...
family is number one, and friend is the last one...

dikesempatan ni nak ucapkan HAPPY NEW YEAR dan nak mintak maaf kalau ada buat salah ke...ada post benda yang korang tak berapa nak suka ke...aku tak kenal korang...so, behind korang pon aku tak tahu macam mana...and macam mana boleh sebijik dengan post yg aku tulis tu pon aku tak tahu...jari 10 aku susun untuk mohon kemaafan...(dah macam hari raya...waahh raya)

harap tahun depan lebih baik daripada tahun ini...dan berazam untuk terus maju dijalan yang diredai oleh Allah
moga hari hari yang kita lalui pada tahun baru lebih bermakna...dan sentiasa ceria disamping orang tersayang
bagi yang budak baru nak masuk sekolah (macam kimi)...goodluck untuk suasana yang baru,perlajaran baru dan sentiasa focus kalau nak berjaya...fighting!




Post a Comment

TINGGALKAN BEKAS JARI ANDA DISINI