Cerita Aku


Entries About Stuff FACEBOOK TWITTER ASK.FM FOLLOW DASHBOARD
The owner

If You Standing In My Shoe
What Are You Doing
To Make Your Life better
And full of happiness?

Talk Talk

The Past


Credits


Basecode/Template : AtinTory .
Editor : Leya Yeolly
Images : WeHeartIt
music : irondj
Header : BaekYeol
What I Saw In The Different Ways

Friday, 1 November 2013 00:27 | Written by Lyn | 0 comments

Assalamualaikum,
pada readers yang melawat...terdetik kat hati yang kecik nak share pasal kehidupan diri untuk hari ini...
banyak sangat perkara yang positive yang boleh ambil in this story..
mungkin boleh jadi contoh dan pengajaran...

hari ni, ayah ajak pergi rumah pak lang, katanya ziarah dia sakit
actually aku tak berapa suka sangat pergi rumah dia...cara dia cakap macam nak menjatuhkan semangat orang lain (kekadang lah), dan dia jugak pernah memandang rendah pada family aku...

dan aku sengaja melambat-lambatkan masa untuk gerak ke rumah dia...
mandi lambat, solat pon lambat..
sambil tunggu turn untuk masuk bilik air...baca the straight time (betul tak aku eja..takut salah...hihihi)
bagus baca new paper macam ni...can improve our vocab..

tetiba teringat artical that I was read before
kita kalau terpaksa lakukan sesuatu perkara....tukarkan rasa tu dengan "berniat kerana Allah"...insyaAllah kita akan dapat nikmat dari sebalik perkara yang kita buat tu
lepas solat...memang berat sangat hati ni nak pergi rumah orang macam tu...
akhirnya aku berniat kerana Allah sebab Allah memerintah mukmin dia supaya mengeratkan silaturrahim dengan ziarah menziarahi, dan bukan cari pasal dengan orang tu...
bila berniat macam tu, terasa lapang sikit dada ni...

tapi masa dalam perjalanan! boleh pulak hujan lebat + banjir dikawasan Sg, Gadut..
bandar tu! macm mana boleh pulak banjir...hihihi
jadi jalan jem....so lambat lah sampai sana...
sampai sana pon...dorang tengah nak gerak g surau maklumlah khamis malam jumaat...seeloknya baca yasin....kitorang pon join sekali

balik dari surau, baru lah borak borak...
macam macam hal yang dibangkitkan, terutama pasal aku lah...
boleh bayangkan tak? keajaiban berlaku pada aku...aku tak rapat pon dengan pak cik aku yang satu ni...tapi boleh borak sampai berjam-jam lamanya...tetiba feeling kamcing tu wujud...padahal dia selalu je kutuk kitorang ni..
dan dia bagi motivation kat aku untuk jangan berhenti berlari...dan macam macam lagi lah..ada jugak lawak jenaka dari mak cik mak cik aku ni buat...so kat situ muncul hikmah...kalau kita niat kerana Allah! Allah akan bagi nikmat yang baik untuk kita...jadi jangan segan untuk buat macam tu

perkara kedua
masa nak balik...tiba tiba lampu kereta tak boleh nyala...fuhh nervous kau !...takut jadi apa apa masa kita gerak balik....memang risau...nasib ada lampu jalan...bila lalu kat tempat gelap agak gelabah sikit mana tahu langgar papew ke?...
hurm,,,dalam cerita yang kedua ni....can you see the different way that I saw in this story?
apa yang aku nampak...
bila kami lalu kat tempat gelap tu macam teragak agak takut suma ada...
macam tu jugak lah bila Allah tak bagi hidayah dan rahmat dia..gelap hidup kita!
tak ada nur dalam kehidupan kita menyebabkan hidup kita tak tentu hala...ibarat bawak kereta dalam keadaan gelap tanpa lampu kejap ketepi kejap ketengah...bila adanya suluhan lampu jalan dan lampu kereta dari belakang barulah dapat jalan dengan yakin dan aman
macam tu jugak...bila Allah bagi nur hidayah dan rahmatnya...kat kita...
secara automatik hidup kita tenang dan bahagia...sehingga akhir hayat insyaAllah....
tetiba aku rasa bersyukur dengan takdir aku hari ni...kalau aku tak pergi tadi mungkin aku tak dapat manisnya hari ni...

kesimpulan dari topik aku ni....walau apa pun yang kita buat kat muka bumi ni.....kene kaitkan dengan Allah...insyaAllah kita akan dapat rasa manisnya nikmat itu
dan kita kene reda dengan apa yang dah tercatat untuk kita...sebab apabila kita reda, hikmah akan muncul satu persatu...so be open minded !...
assalamualaikum...




Post a Comment

TINGGALKAN BEKAS JARI ANDA DISINI